Thursday, 30 June 2011

tahniah!! awak mengandung

selalukan dalam drama melayu, seorang doctor akan menyelak langsir dan keluar seorang wanita dari sebalik tirai tersebut dan doctor itu akan inform kepada suami atau wanita tersebut yang dia telah mengandung..

awak pregnant!! di sini
hmm.. secara logiknye, setahu aku lah dan selama yang aku practice, cara aku 'diagnose' patient itu pregnant by urine test.. aku tak guna stethoscope pon unless dia ade problem lain..

maybe dalam drama tv nampak tak dramatik sangat kut andai kata seorang doctor ngan urine dip ditangan mengucapkan tahniah kepada pasangan bertuah itu.. soo lagi best kalu ada adegan konon2 doctor itu physically examined that woman with stethoscope.. duhhh..

lagi satu pulak dalam drama melayu mesti perempuan itu ade adegan2 pening kepala nak pitam and tak terpikir langsung dia pregnant... nape eh? sbb aku rasa most women yang missed period and sexually active mesti terfikir dia pregnant.. bongek sangat kah?

aku patut buat cadangan dekat director2 filem so that derang ubah sket jalan cerita so that derang include urine dip..

aritu aku tengok cerita ngangkung.. kelakar gile cara doctor tuh takut2kan patient waktu explain pasal surgical abortion.. aku rasa aku patut practice macam itu bile balik malaysia .. kan dah byk mengandung before kawen..


jangan pulak ada makhluk ingat aku pregnant lak, kawen pon tak lagi.. 'pregnant' lemak ada lah... hhaha

Tuesday, 28 June 2011

budak jordan kebulur dan jakun

my bro yang belajar kat jordan datang visit with his friend. they stayed for 6 days.. di sebabkan dia baru balik dari 4 weeks europe trip dan hidup macam orang homeless.. tujuan utama dia datang melawat ialah untuk tido dan makan dan makan..

takoyaki with okonomiyaki sauce, dibelakang banana cake
plus susah nak dapat malaysia cooking ingredients dekat jordan.. so dia nih memang jakun lah dengan china town.. kat sini u can get basically everything from chinatown.. kirenya xde lah homesick sangat.. dari petai, durian, cencalok, semua boleh dapat kut... pegi shopping groceries je, semua mende dia nak campak dalam shopping trolley.. dia dah pernah pon datang UK nih sebab tuh x kisah sangat lepak kat flat and jalan2 dekat2 jee..

steamboat tomyam

so for the past few days i've been busy cooking for him.. rasa cam bela dinasour lak.. asal nampak muka aku jee, lapor..

aku akan balas dendam bila aku gi jordan tahun depan.. dasat sangatkah jordan ini sampai adik aku  nih kebulur sangat..

ps: bila dia dah balik, cleaner flat aku siap mop lagi kitchen floor sebab melekit2.. adik aku nih kalu tolong kat dapur tak pernah nak buat keje cermat2.. sepah2 sana-sini..

Sunday, 26 June 2011

harapkan pagar, pagar makan padi..

pekerjaaan dalam bidang kedoktoran membolehkan aku terjumpa dengan pelbagai jenis patients dengan penyakit2 yang unik dan kadang2 memang jarang jumpe.. perangai2 yang pelik2 pon ada banyak jugak.. yelah selama ini aku bergaul dengan orang2 biasa tapi bila bekerja pelbagai ragam manusia aku jumpe.. yes, memang perkara2 yang jarang dijumpai kite mudah jadi jakun dan mungkin kita terasa nak post kat blog or upload gambar2 pelik kat fb..

tapi jakun2 pon berpada2 lah sket,  lately aku terperasan yang ade few kawan2 aku yang bekerjaya sama macam aku post gambar patients dekat facebook..

gambar baby


gambar fracture


gambar xray


gambar wound


harap pagar makan padi di sini
aku rasa aku ada jugak tercerita pasal patient tapi rasanya aku xde mentioned anything yg membolehkan sesiapa identify patient tersebut.. tapi kalu dah post gambar muka sebijik2, xyah letak nama pon orang bley identify kalu terserempak kat pasar malam ka, shopping mall ka, tesco ka..

maybe kita rasa mende yang kite jumpe itu cool dan patut dirakamkan, tapi kena pikir btol2 laa deyy.. gambar yang kita upload itu adalah gambar seorang pesakit.. nama pon pesakit mesti lah secool mana pon clinical features patients itu, mesti dia rasa kalu tak banyak, sedikit rasa sedih.. seolah-olah penderitaaan orang lain itu, kita suka2 nak khabar2 kan dan hebah2 kan.. aku tahu patient itu maybe takkan tahu dan sebagai orang yang mungkin kurang privilege or kurang education, even if they know, they wouldnt do anything because they dont think it's wrong, yelahkan doctor kan baik, tahu semua bende [mata ke atas dan tangan didada].. tapi walau pon gambar yang diambil itu adalah seorang PATI, diorang tetap manusia.. unless dah mintak consent.. tapi xke awkward kalu korang tanye camni

pakcik, fracture kat kaki pakcik nih dasat boleh saya upload kat facebook saya?

aku tahu maybe niat mereka2 yang post gambar patient2 ini baik.. untuk education kawan2 yang lain [sekali lagi, mata ke atas dan tangan di dada]..  tapi kite patut fikir, tanggungjawab sebagai seorang doctor nih besar.. jaga rahsia orang, deals with life.. ape perasaan korang kalu

sedara, adik, abang, kakak, mak, bapak korang accident, patah kaki, luka parah then bila korang bukak facebook, ade gambar luka2 diorang itu..


korang baru lahirkan baby.. sangat cute, chubby.. bila bukak facebook, doctor yang tolong deliver tuh upload gambar baby korang tanpa kebenaran


baby korang end up dekat ward, then sebab baby korang cute dan ada banyak lines and monitor canggih2 yg attach kat baby korang, doctor yg keje kat situ upload gambar baby korang dalam facebook..


korang dah 3-4 hari tak buang air besar, sakit perut, berak berdarah.. bila dapat xray korang ada bowel obstruction dan doctor yang assess korang selamba upload gambar kat facebook..


MESTI MARAH GILE KAN??

tapi kalu dah post gambar sendiri, ikut suka ko lah labu..

aku tau hanya segelintir macam ini.. kita kena ingat hidup macam roda, maybe kita buat something macam ini dekat patient kita dan mana tahu bila kita dah tua, ada dementia, ada orang lain pulak buat macam ini dekat kita..

Monday, 20 June 2011

cubaan assassination seekor kucing yang perasan dirinya singa

seperti yang telah aku katakan di entry inside criminal mind, aku pakar membaca isi hati seekor kucing... selalu nye aku cycle balik dengan melalui residential area sebab takde banyak sangat kereta, tapi skang nih ade construction lah pulak, soo aku terpaksa ikut main road.. main reason aku suka ikut area rumah2 ini sebab  sewaktu cuaca cerah , akan kelihatan kucing berbondong2 bermain diluar rumah.. tapi kucing kat sini sombong, aku panggil buat dek je

urine or blood collection di GP only until 2pm, lepas tuh kena hantar sendiri.. soo aku yang tinggal dalam hospital selalu jadi mangsa keadaan.. aku pon parking beskal aku tepi hospital dan hantar urine and swab samples dekat lab.. pastu aku pon kayuh beskal balik block aku..

kucing yang perasan dirinya seekor singa
tiba2, dengan tidak semena, waktu aku nak parking beskal dalam block, kelihatan kucing berbulu panjang bermain2 diluar.. aku pon ape lagi, terus menegur kucing tersebut.. dia pon terus datang dekat aku dengan girangnya... dah dekat setahun kut aku tak main2 ngan kucing.. soo aku pon gosok2 lah perut, kepala, tengkuk.. at first aku confuse jugak, ini kucing ke, anjing ke, or singa jadian? 


seperti entry yg sebelum ini, aku ini pakar baca isi hati kucing.. aku pon tiba2 merasa pelik, kenapa kucing parsi berbulu panjang tiba2 jinak dan friendly semacam... adakah dia jelmaan meah? masih cuba assassinate aku buat kali ke-dua? aku cuba melihat jantinanya, tapi tidak kelihatan male part.. mungkin kena neutralise or dia berjaya camouflage di sebalik bulu2 yg tebal..

cuba menggoda aku dengan perut six-pack yang berbulu

jam menunjukkan pukul 630 petang, aku cuba untuk meninggalkan kucing ini, tapi dia masih menunggu luar pintu sambil membulatkan mata dan menggolekkan2 diri dengan tujuan menggoda aku supaya membawa nya masuk ke flat.. aku tahu di saat ini bahawa kucing ini ade niat tak baik, sungguh pandai dia mengkuruskan dirinya sehingga terasa tulang2 demi meraih simpati, adalah tidak logik kucing parsi menjadi stray cat.. mungkinkah dia cuba mencuri dokumen2 audit yang aku ada? bank details aku?

cubaan menggoda yang gagal di sini

dengan berat hati aku terus berlalu menaiki tangga flat...

kelihatan angin sepoi2 bahasa menerbangkan bulu2 panjang yang tersergam indah di dadanya.. tenungan tajam dan criminal instict jelas terpancar dari raut wajah kucing itu.. 

mungkinkah dia datang lagi dengan assassination attempt yang lebih mantap? aku yakin aku akan bersedia dengan seketul tin tuna.. 

Sunday, 19 June 2011

inside criminal mind..

aku rasa aku sudah pakar membaca isi hati kucing criminal ataupon kucing serial killer sebab aku ada seekor kucing betina yang bernama meah yang merupakan seekor serial killer... meah ini kucing tompok2, ada tujuh tompok kesemuanya dari color oren, oren belang2, hitam dan hitam belang... turning point meah menjadi serial killer bila first kittens dia mati digelak kereta bapak aku.. anak2 kucing kan nakal2 sket, soo derang suka tidor dlm rim tayar kete tuh, soo accidently bapak aku tergelek derang.. meah yang ternampak kejadian tersebut terus jadi gila meroyan.. sejak dari itu, meah bukan lagi meah yang happy, manja dan friendly.. hati dia menjadi batu dan dia terus menyendiri dalam dunia khalayannya..

mungkin inilah image sebenar meah, di sini
everytime dia ada kitten dia akan makan.. soo waktu dia beranak, memang kitorg xyah bagi makan lah sebab dia kenyang.. a very good contraceptive method.. kadang2 pagi2 before aku gi sekolah akan ternampak kepala or kaki anak kucing dalam mangkuk meah..

aku dan adik aku membesar dengan meah.. dari dia anak dara sampai lah tua.. actually meah ini kucing kegemaran abang aku.. maybe sebab dia suka kucing gile kut.. kitorg dulu takde teddy bear or anak patung, so meah lah jadi barbie doll kitorg.. tapi meah nih emotionally unstable, kadang suka hati dia jee gigit aku.. kirenya hidup aku sentiasa dalam ketakutan lebeh2 lagi bila aku boleh membaca body language and tenungan tajamnya.. beberapa contoh assassination ke atas aku:

assassination attempts meah di sini
1) bila aku buat bunyi anak kucing, dia akan melompat naik ke atas perut aku dan mula memicit2 perut aku.. mula2 best lah gak, tapi lama kluar kuku.. 

2) malam2 aku selalu mimpi kena gigit ngan hantu kat kaki, tapi rupanya2 meah yang gigit.. sebab dia suka tido kat kaki and everytime aku gerak kaki aku, dia akan gigit sbb terpenyet dia..

3) aku dan adik aku tido dalam kelambu, pagi2 selalu kelambu kitorg runtuh tanpa sebab.. sekali aku tido lambat, rupanya2 meah tido kat luar kelambu dan dengan menggunakan berat badannya yg gendut dia menindih kelambu aku.. padanlah kelambu runtuh selalu.. maybe meah ingat dia bley suffocate aku dengan cara ini...

tapi meah meninggal masa dia umur dekat 11-12 tahun rasanya sebab sakit tua.. aku xde kat rumah sebab masuk asrama.. abang aku tanam meah bawah pokok limau kasturi.. aku nih suka minum air limau, so i think that's her last attempt to assasinate/poison me.. kitorg tak bela kucing dah lepas meah mati.. mati tanpa sempat assassinate aku.. 

Wednesday, 15 June 2011

honesty is the best policy?

aku adalah salah seorang manusia bertuah yang susah nak hide my feeling.. kirenye kalu aku tak suka, memang nampak sangat.. kalu aku risau, memang obvious kat muka aku.. in a way, baguslah jugak, orang tak payah nak berteka-teki bila derang tengok riak muka aku.. in certain situations, i wish i can just hide my expressions and feelings..

how to break bad news? di sini
pekerjaan aku bukanlah indah2 belaka.. bukan semua patient yang aku treat terus sihat, back to normal 100%.. perkara yang aku paling lemah nak buat ialah breaking bad news.. dulu2 waktu student, one of our assessment waktu practical exam [osce], mesti ada breaking bad news.. memang waktu itu, aku susah nak express feeling or berlakon depan simulated patient sebab yelahkan dah everything fake.. percaya atau tidak, memang waktu student tuh kalu nak practice for osce, aku dan clinical partner aku macam masuk sekolah drama.. haaha

ini rupanya adi putra kegilaan kawan akudi sini

" weh, expression muka ko kena real"


" cara ko cakap kena soft sket" 


wow, rasanya adi putra ke, farid kamil ke, mesti lulus lah osce..

kembali ke main topic, lately i broke a really bad news to one of my patient.. memang sedey sangat, sebab patient tuh baik, siap berterima kasih dekat aku dan she's soo strong.. banyak lagi kisah dia yang menyayat hati, macam jatuh ditimpa tangga..

dulu2 waktu first year houseman, consultant yang breaks bad news, skang nih sebab dah bertitle SHO, aku terpaksa lah breaking news yang tak berapa bagus contohnya : breast cancer yang spread to brain, lung cancer.. memang sedey tau.. especially bila korang tahu prognosis untuk cancer yang spread and cancer seperti lung cancer sangat tak bagus..

aku dah buat chest medicine and most doctors know that prognosis for lung cancer is pretty poor.. months to live.. dan bila that particular patient tanya pasal prognosis, i think she knew that it's pretty bad based on my facial expression.. oh, how i wish i can just hide it.. perkara2 macam nih sangat delicate, kena tailor to that particular patient.. setengah patient, they want to know everything from cause ---> prognosis.. believe it or not ada yang tak mahu tahu langsung.. at the end, i had to be honest and told her about the bad prognosis..

may god bless her...

Monday, 13 June 2011

phase 2- plan B

oh well, macam biasa pompuan kan mesti selalu nak diet.. aku agak2 dekat 70% hidup aku dipenuhi dengan moto yang sama, 'mau diet, kena kurang berat'..

lepas spm dulu, berat aku melambung2, yelah lepas spm kan.. waktu dekat university dulu sebab nak save nye pasal selalu jugak aku ikat perut, makan toast je waktu lunch, sedey betolkan.. so berjaya lah jugak kurang kan sikit berat nih..

kucing gemok masih comel, tapi aku yang gemuk memang x comel di sini
skang nih dah keje, duduk sorang2, hidup aku dikelilingi kemewahan makanan.. aku makin rajin try new recipe, nak nak pulak jambu2 dan guinea pigs aku makin berkurang sebab semua dah balik malaysia.. jadinye terpaksalah aku dengan sedey hatinya mengorbankan makanan2 tersebut di dalam perut aku.. oh begitu malang nasibku ini di perantauan..

aku try diet tau, breakfast makan weetabix dan muesli.. lunch makan homemade fried noodle, dinner nasi dikurangkan.. cycle in average 30min a day, 5x a week.. tapi berat aku hanya turun HALF KILO sahaja in 2 months time..

anasir2 luar yang perlu di tumpaskandi sini
aku rasa sudah tiba masanya aku bergerak ke phase 2, yakni plan B.. ini heavy duty nye diet..aku perasan aku nih susah mau gain weight and susah juga nak turun.. soo kena extreme sket... macamana aku gained weight? x perlulah aku cerita sebab itu berkaitan dengan satu darkness phase dalam hidup aku..

before my big day, aku kena jadi at least below 50kg.. soo kena kurang about 3 and half kilo.. aku pernah buat diet extreme ini dan memang turun.. actually takdelah dasat mana pon, basically, i'm gonna have a heavy lunch and lighter dinner.. aku tak boleh makan heavy breakfast, nanti aku jadi loya whole day..

on your mark, get set... GOOO!!!

Sunday, 12 June 2011

parenting di abad 20-an

there were times when i thought family medicine as a career.. yelah, xde on-calls, keje 9-6.. weekend off, more time for family etc etc.. tapi kadang2 aku jadi boring gak.. especially when i've got soo many patients who consulted me with 'weird' things..

for example, there were parents who came to me, demanding cure for their teenager's behavioral problems.. OMAIGOD!! sesungguhnya aku ini tak ade magic wand.. aku faham, yang sometimes it's very difficult to deal with teenagers.. they are soo hormonal, both boys and girls..

children reflect their parents.. ade family yang datang consult, both parents very polite, gentle, respectful..  and guess what, anak2 derang sangatlah baik.. the whole consultation itu rasa tenang aku nak cakap, sejuk perut aku tengok anak2 derang polite with strangers.. i dont have to be a psychologist or bomoh bela jin to know this..

bad parenting di sini
tempat aku kerja sekarang adalah di area yang a bit deprive, banyak patients on benefits, high rate of teenage pregnancy, social problems etc etc.. terkejut aku kadang2 bila parent jerkah2 anak derang depan aku, very kasar dengan anak2.. no wonder anak derang very difficult to manage, all over the place.. aku pon naik pening tengok..

betol as an observer, memang senang nak point finger and blame them, belum kena batang hidung sendiri lagi.. sebelum jadi mak, bapak, kena ade ilmu parenting sedikit sebanyak.. nak jaga budak2 kena ada banyak kesabaran.. 'buat' anak memang senang, tapi nak jaga dan didik itu susah.. marah selalu pon tak boleh.. tak marah langsung, lagi lah tak boleh.. aku tengok cara omputih parenting sangatlah lain dengan cara dekat malaysia nun.. yelah culture lain, agama pon lain..

dah tu pulak kat malaysia sekarang, banyak cabaran nya..

hmm, aku rasa aku patut start baca buku parenting nih..

Friday, 10 June 2011

ada apa dengan istanbul

well, aku baru balik dari jalan2 di istanbul. sangat best ok!! seperti entry aku yang lepas, i didnt pass my mrcp so this trip kind of help me in a way. i think if i stayed in my room, i might u know, binging myself with cakes, desserts and food.. and end up feeling more depressed as i put on more weight..

hidup mahu confident di sini
what i like about istanbul?

1) super easy to reach most of the tourist attraction ie Hagia Sophia, blue mosque, topkapi palace, spice bazaar.. really close to the metro line

2) halal food - sangat best kut dapat makan halal food, xyah nak pikir2 and baca ingredient.. hehe.. must try balik embek.. grilled fish donner, derang masak atas boat tau.. sgt fresh dan tak hanyir

topkapi palace - harem , tempat simpan gundik

3) weather - 30 degree, sgt panas.. tapi angin dia cam nyaman, sejuk2 sket camtu..

4) sebab pound stronger, so aku tak spend banyak sangat

5) solat - solat senang sebab masjid merata2..

6) hotel buffer - kitorang pilih hotel yang include buffet breakfast. walaupon hotel indah khabar dari rupa, tapi ok lah jugak..

7) turkish sangat friendly dengan malaysian - over friendly pon ada, ade few mamat turkey, mintak amik gambar ngan kitorg, macam artis lak you.. haha

8) setengah org naik boat tour tuh, tapi aku n kawan decide x naik sebab rasa cam tak worth it sangat, kalu greece ke, portugal ke, yang ade banyak pretty beach ok lah kut..

begitu lah sedikit sebanyak cerita pasal trip aku.. skang ini aku dah mcam kucing siam, sbb tanned di muka dan di kaki.. hhaha

Wednesday, 8 June 2011

jangan lihat lelaki sexy

aku rasa pengajaran pada hari ini ialah jangan lihat lelaki sexy. aku ada cerita pasal pengalaman aku mengambil exam mrcp sebulan lepas.

aku dah dapat result few days ago, unfortunately, i didnt pass.. aku rasa sebab aku tak pass sebab aku jawab exam sambil tengok laki sexy..

pengajaran yang pahit untuk aku belajar: jangan tengok lelaki sexy.. kalu lelaki tak sexy boleh lah kut.. hhaha.. kepada orang lelaki, jangan selalu usha sangat pompuan sexy tau...

kucing yang menutup aurat, abes duit beli bra byk.. hahhadi sini

Thursday, 2 June 2011

emotionally retarded

masa aku mula2 kerja sebagai seorang doctor dulu, aku selalu balik dari kerja dan tak dapat nak lelap mata. sebab banyak perkara yang berlegar2 dalam otak aku..aku selalu dapat nightmare pasal patients aku dan consultants aku marah2, etc etc

did i give him the right antibiotic?
did i make the right diagnosis?
did i miss anything in my management plan?
why cant i do the venflon just now?
will he/she still be there tomorrow?


kemudian lama2 sedikit aku boleh accept my limitations dan kurang anxious about my shortcomings. when i move on to my medical rotation, i have to face with death everyday.

was it my fault?
am i too late?
if i did that, can i prevent it?
berdosa ke aku?


nightmare selalu di sini
setengah deaths stay with me for quite sometime. when my first patient died, i cried for almost 2-3 nights. kadang, aku kena slow-talk with my colleague baru lah lega sikit. kadang2, patient yang look stable, didnt make it to the next monday ward round. and setengah2 patient yang consultant gave him/her days/weeks to live managed to make it out of hospital alive!.. no one can predict life or death thats for sure.

sekarang ini bila dah kerja almost two years..

cant wait until friday
when is the next payday?
one patient down, 20 more to go.


aku rasa takut bila aku dah kurang sensitiviti toward deaths.. maybe sebab dah terlalu expose terhadap perkara2 yang sensitif everyday, frequent visits to the mortuary for patients identification, aku dah jadi immune, mentally retarded. dont get me wrong, bukanlah aku patut menangis for every deaths, amatlah emotionally drained kalu camtu.. tapi kadang2 ada jugak perasaaan malas, try to cut corner waktu kerja, bagi aku perkara2 macam ini agak berbahaya coz a job in this field give me lots of responsibilities.

no one can predict this di sini

i have to remind myself always

hey, nak makan gaji buta ke?
this is someone else's father, mother, son etc etc. should treat them as how i would like other people to treat mine


satu lagi perkara yang menakutkan, aku risau bila aku balik malaysia, sebab different working culture and sensitivity, communication aku dengan patient jadi hampeh, aku amik remeh perasaan patient, aku jadi panas baran denga junior, nak tengking2.. lebey2 pulak, with tiredness, overwork, stress, pressure, and working enviroment yg sucks..

so far dekat sini, especially when i'm on-call with million things to do, i can still smile and says thanks you.

Wednesday, 1 June 2011

if you love someone, let them go... BULLSHIT

aku sekarang dah jarang sangat tengok cerita2 romantik.. asyik tgk cite comedy, seram dan anime jer.. maybe sebab aku dah dewasa dan mature.. memang agak sengal untuk aku tengok cerita2 jiwang..kalu yang lawak cam adnan sempit tuh, ok lah gak.. tapi kalu cam cerita azura, legenda budak setan, etc etc.. memang tak lah kot.. adamaya pon aku tengok 2-3 episodes jee, lama2 makin boring.. nur kasih aku tengok up to the point adam jadi baik, bila semua orang dah jadi baik gile aku jadi makin malas nak tengok..

kisah-kisah romantik nih kadang2 agak memualkan.. banyaklah pepatah2 dan kata-kata indah yang bagi aku bullshit semua nya..

mended heart, never the same againdi sini
 if you love someone let them go - adalah pepatah paling bullshit bagi aku.. memang tak logik di akal.. dah kalu suka/sayang seseorang itu, buat ape let go? sepatutnya, you have to hang on until the end.. apart from death lah kan...

for me, pepatah2 ini are created by someone without balls.. yes, balls.. kalu dah tak suka or memang nak cari yang lain, tak payahlah nak cari kata-kata indah just to justify that.. and dont you even dare saying that by breaking up, you'll create a better life for them.. puhleaseee, dah kalu malas nak go on, cakap direct lah.. you never know what's the future holds idiot!!

bagi aku dalam hidup ini lelaki adalah lelaki and you have to treat them just like your other male friends, unless, derang datang umah, jumpe bapak korang yang garang macam singa mintak kawen.. that's someone with balls.. tapi species XY ada banyak jenis, kena berhati2 jugak.. jangan tersangkut dengan XY yang ada extra X sudeyyy.. or yang memang XY tapi ngada2 buang Y nya..

please use your 'balls' appropriatelydi sini