sila baca entry ini dengan nada yang sopan, rendah suara sambil mata ke atas dan tangan di dada... kalu tak faham sila rujuk video di atas..
banyak orang bertanya saya kenapa saya mahu pulang ke malaysia.. baiklah sebab saya ini seorang manusia yang baik, sopan dan bertimbang rasa saya akan jelaskan di sini
1) duit - bagi saya duit itu tidak penting, bagus kan bila dapat rm100 untuk on call selama 36 jam.. duit ini tidak penting, duniawi semua ini, daki... walau bayaran lagi rendah dari GRO kat kelab malam, saya rasa amat berbaloi lah rm100 itu, kalau saya buat seribu on call tak ke banyak saya dapat tuh?
2) penat - mana ada penat kerja kat malaysia, best apa bila on call 36jam, tidak sempat makan, mata bengkak, saya dapat menikmati betapa bersusah-payahnya senior2 saya dulu buat on-call lama2.. lagipon saya ini kan super human, mesti bolehlah sengkangkan mata demi pesakit2 saya yang sangat memahami..
patah kaki pon x dpt sick leave, mmg bagus disiplin hospital malaysia kalah orang jepun |
4) suami - oh saya tak risau punya lah kalu suami saya kahwin dua sebab saya ini sibuk sangat.. bagus apa kahwin dua, at least madu saya boleh tolong kemaskan rumah, jaga anak2 dan pastikan lauk tersedia bila saya balik pukul 12 tgh malam..
madukan bagus untuk kesihatan |
6) cuti - saya amat bersyukurlah sebab bakal dapat cuti 8 hari for every placement, banyak sangat dah tuh, rasa nya nak keliling dunia pon sempat.. weekend dapat satu hari pon takpe, yelah kan kalu saya tak ada sapa nak jaga pesakit2 dekat ward tuh.. cuti tak penting, saya lagi gembira kalu tak dapat balik rumah sendiri dan bermalam je di hospital..
itu lah sebab kenapa saya mahu pulang dan bekerja di malaysia, malaysia ada health system yang paling bagus di dunia kut, saya patut rasa bertuah kerana dapat bekerja di sana.. maklumlah house officer sekarang kan dah banyak sangat sampai semua house officer jadi tak ada kerja dan dapat menonton wayang waktu on duty!
waktu on-call sempat tengok wayang |
No comments:
Post a Comment